KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menegaskan, agensi itu mempunyai kuasa untuk menyiasat mana-mana pegawai badan awam setelah menerima laporan atau aduan rasmi.
SPRM dalam kenyataan hari ini memaklumkan telah diberikan kuasa, untuk menyiasat kes jenayah rasuah di bawah Akta SPRM 2009 termasuk siasatan terhadap pegawai badan awam yang ditafsirkan dalam Seksyen 3 akta tersebut.
"Pegawai badan awam ertinya mana-mana orang yang menjadi anggota, pegawai, pekerja atau pekhidmat sesuatu badan awam, dan termasuklah anggota pentadbiran, Ahli Parlimen dan ahli sesuatu Dewan Undangan Negeri.
"Selain itu, hakim Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Persekutuan, dan mana-mana orang yang menerima apa-apa saraan daripada wang awam, dan, jika badan awam itu ialah suatu perbadanan seorang, termasuklah orang yang diperbadankan sebagai perbadanan itu," menurut kenyataan itu.
Kenyataan SPRM itu dikeluarkan susulan kritikan yang diterima agensi itu setelah ia mengesahkan membuka siasatan terhadap Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang didakwa menerima sejumlah wang.
BACA: 'Serangan terhadap Hakim, badan kehakiman melampaui batas' - Tengku Maimun bersuara
Kenyataan itu memaklumkan, selaras dengan prinsip pengasingan kuasa, setelah semua proses siasatan selesai dilakukan, kertas siasatan akan dikemukakan kepada Pejabat Peguam Negara untuk membuat keputusan sama ada melakukan pendakwaan atau sebaliknya.
"SPRM juga telah mempunyai rekod menyiasat hakim yang mana kertas siasatan berkaitan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk membuat penilaian.
"Berhubung siasatan terhadap hakim tersebut, SPRM telah menerima satu aduan pada 15 Mac lalu disusuli dua lagi aduan pada 23 dan 27 April lepas. Siasatan ini masih berada di fasa awal dan melibatkan kepentingan awam," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu menegaskan, apabila sesuatu siasatan dijalankan terhadap mana-mana individu, ia tidak bermakna individu tersebut telah melakukan kesalahan.
"Sehubungan itu, SPRM memohon masyarakat umum memberi ruang untuk proses siasatan dijalankan mengikut lunas undang-undang yang ditetapkan," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 28 2022
SPRM memaklumkan telah diberikan kuasa, untuk menyiasat kes jenayah rasuah di bawah Akta SPRM 2009 termasuk siasatan terhadap pegawai badan awam yang ditafsirkan dalam Seksyen 3 akta tersebut.
[KRONOLOGI] Serangan Balai Polis Ulu Tiram
[KRONOLOGI] Serangan Balai Polis Ulu Tiram
Mangsa banjir di Perak meningkat kepada 537 orang
Mangsa banjir di tiga daerah di Perak meningkat kepada 537 orang daripada 152 keluarga pada jam 4 petang Jumaat.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Anggap polis 'musuh', 'layak dibunuh' dipercayai antara motif - Pakar
Mohd Mizan berkata kumpulan terbabit menyasarkan balai polis kerana dipercayai bagi tujuan pemilikan senjata api.
AWANI Borneo [17/05/2024] - Tempoh 14 hari | Hak Sabah | Sihat Xpress
AWANI Borneo Jumaat, 17 Mei 2024 bersama Jasmine Abu Bakar.
Semua MP dan ADUN terima surat arahan bertulis, perlu beri respon kepada MKT Bersatu.
Tiada kompromi isu tuntutan 40 peratus hasil negeri - Hajiji.
Perkhidmatan kiosk telekesihatan percuma 'Sihat Xpress' dilancar.
Semua MP dan ADUN terima surat arahan bertulis, perlu beri respon kepada MKT Bersatu.
Tiada kompromi isu tuntutan 40 peratus hasil negeri - Hajiji.
Perkhidmatan kiosk telekesihatan percuma 'Sihat Xpress' dilancar.
Komuniti perniagaan perlu teroka pelaburan baharu di Kazakhstan - PM Anwar
Komuniti perniagaan perlu terus meneroka peluang perniagaan dan pelaburan baharu di Kazakhstan, negara terbesar di Asia Tengah, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Rakyat Malaysia digesa patuhi peraturan visa haji - Konsulat Jeneral
Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah mengingatkan semua rakyat Malaysia yang berhasrat menunaikan ibadah haji pada tahun ini agar memastikan mereka memiliki visa atau permit haji yang sah.
Peruntukan RM320 juta diperoleh Julai
Peruntukan RM320 juta yang diluluskan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi tujuan penyelesaian jangka pendek isu masalah bekalan air di Sabah dijangka akan diperoleh pada Julai tahun ini.
Tiada kompromi isu tuntutan 40 peratus hasil negeri
Kerajaan negeri menegaskan untuk tidak akan berkompromi terhadap isu tuntutan 40 peratus hasil yang dikutip Kerajaan Persekutuan di negeri ini, seperti terkandung dalam Perkara 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan.
Pengasingan kuasa AG, Pendakwa Raya harap selesai tahun ini
Semua pihak mempunyai hak untuk mendapatkan pengadilan di mahkamah.
Keuntungan bersih Maxis meningkat kepada RM353 juta pada suku pertama 2024
Keuntungan bersih Maxis Bhd meningkat kepada RM353 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2024.
Projek Telaga Jejari: Empat termasuk dua bekas pegawai kanan syarikat air direman
Dua bekas pegawai kanan syarikat air dan dua konsultan pembinaan telaga direman tiga hari bagi membantu siasatan Projek Pembinaan Telaga Jejari.
Isu telaga jejari: Kerajaan Kelantan beri kerjasama penuh kepada SPRM
Mohamed Fadzli berkata Kerajaan Kelantan tidak akan menganggu proses penyiasatan yang sedang berjalan.
Pegawai kastam mengaku tidak bersalah terima rasuah RM69,350
Seorang pegawai JKDM mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas 43 pertuduhan menerima rasuah berjumlah keseluruhan RM69,350 dari 2017 hingga 2022.
Kes seleweng dana RM1.2 bilion: 2 pegawai kanan badan berkanun direman
Dua pegawai kanan badan berkanun ditahan SPRM kerana disyaki menyalah guna kuasa dan menyeleweng dana daripada Kementerian Kewangan berjumlah RM1.2 bilion.
Dakwaan SPRM tahan lima ADUN Perlis tidak benar - Azam Baki
SPRM menafikan dakwaan mengenai penahanan terhadap lima ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis.
Cabar siasatan SPRM: Mahkamah Rayuan tolak permohonan Daim, keluarga
Tun Daim dan keluarganya gagal dalam rayuan mereka untuk mendapatkan kebenaran meneruskan semakan kehakiman bagi mencabar siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Bicara kes rasuah, pengubahan wang haram Adam Radlan ditangguh ke 10 Jun ini
Perbicaraan kes Adam Radlan yang menghadapi 12 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram berhubung projek Jana Wibawa ditangguhkan ke 10 Jun.
Adrain Jerome dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Aduan SPRM
Adrain Jerome Karuna Devan dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Aduan (JKA) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu.
Malaysia rugi RM277 bilion dalam tempoh lima tahun akibat rasuah
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan bahawa negara kerugian RM277 bilion akibat jenayah rasuah dalam tempoh lima tahun lepas.
SPRM tidak berhasrat tahan Tun M
SPRM tidak berhasrat untuk menahan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu pengisytiharan harta.